DiaryZIne: KARNIVAL KEPAK DI PERSADA JOHOR BAHRU( APA TU KEPAK??? JOM BACA)

Apa itu KEPAK???? haa....buat rakyat Johor atau penduduk-penduduk di Johor ...ada satu Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran(KEPAK) yang akan dianjurkan oleh kerajaan negeri bersama syarikat-syarikat swasta 23-26hb Jun ini di PERSADA Johor Bahru, Johor....Bagi rakyat-rakyat  yang berpendapatan rendah macam aku ni ....digalakkan pergi....JOM RAMAI2 KITA PERGI KARNIVAL KEPAK!!!







Karnival Kepak 2011 di Persada

JOHOR BAHRU 17 Jun - Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di sini selama empat hari bermula Khamis ini.
Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan akhbar di sini hari ini memberitahu, karnival tersebut memberi pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan kemahiran kepada orang ramai.
Menurutnya, karnival itu merupakan program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.
Sasaran utama program tersebut ialah isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 atau kumpulan pendapatan di bawah 40 peratus mengikut perangkaan sedia ada.
Kepak juga menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan.
Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
Selepas ini, Kepak akan digerakkan ke seluruh negeri dan sasarannya adalah peluang-peluang pekerjaan di sekitar Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian.
Akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi program berkenaan.


*Article Copy from Utusan Malaysia Online, Kepak Banner are johordt.gov.my copyright

related and for references link:


5 comments:

  1. jeng,serang PERSADA !!hehhe..but i'm students form 6..??g jer laa wat meramaikan..hehe..jemput singgh...http://farahazurah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. serang je...cari pengalaman interview...hahaha....ok...sedang singgah ni....and follow...

    ReplyDelete
  3. owh ni mcm jobmalaysia buat tu kan,,
    akan di terjah ;)

    ReplyDelete
  4. Hye, ade sesape yg da pergi KEPAK tu? Best tak.. Ade aktiviti ap ye? =p jom singgah http://www.nizammalek.com/

    ReplyDelete
  5. Terjah je....xtawu ea camne nak ckp...tp ramai gak owg...

    ReplyDelete

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers