DiaryZine: Antara Hak Dan Tanggungjawab????

Yang Mana Satu Lebih Utama???
Antara Hak Atau Tanggungjawab???



Apa itu Hak dan apa itu tanggungjawab???

benarkah....apa itu Hak sebenarnya...???


Hak didalam kamus Dewan bermaksud (yg) benar,kebenaran dan kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu(ditentukan oleh undang-undang,agama,atau adat istiadat dll). Manakala hak hak juga bermaksud milik atau kepunyaan.



Tanggungjawab pula adalah kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung.

Hak...apa makna sesuatu hak yang dijuangkan sedangkan tanggunjawab tidak dilakukan?Renungkan ...." nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke Bumi sebagai khalifah di muka bumi adalah kerana hasutan syaitan agar memakan buah khuldi...Allah s.w.t telah melarang Adam a.s dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi tersebut dan ini bermakna tanggunjawab Adam a.s dan Hawa agar menurut perintah Allah agar tidak memakan buah tersebut...Namun syaitan telah berjanji untuk menyesatkan Adam dan keturunannya...sehinggkan Adam a.s dan Hawa terlupa akan tanggungjawabnya ke atas larangan memakan buah khuldi yg diperintahkan  Allah s.w.t maka di lucutkan Adam a.s dan Hawa ke Bumi dari syurga...lalu hilanglah hak Adam a.s dan Hawa di Syurga untuk sementara namun Allah tetap menjanjikan syurga untuk Adam a.s  dan Hawa...Maka jadilah Adam a.s dan Hawa sebagai penghuni Bumi yang awal dan bertanggungjawab sebagai khalifah pertama di muka bumi ini.....
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah? (Taha: 120)

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30


Di sini hendaklah kita sedar akan Hak yang sering di laungkan sebenarnya bukan hak kita hanya melainkan Allah s.w.t  yang Maha Berhak dan mengetahui akan sesuatu...yang sepatutnya kita lakukan adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Alah s.w.t ...apa tanggungjawab kita sebagai umat Islam, sebagai rakyat, sebagai ibu bapa, sebagai anak atau sebagainya.....adakah kita telah melakukan tanggunjawab kita sebaik mungkin....fikirkan semula....Hak kita sebagai manusia adalah tanggunjawab kita sebagai manusia atau lebih tepat khalifah di muka bumi....Hak bukan milik kita kerana yang berkuasa lagi berhak hanyalah Allah s.w.t......



Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta yang berada di antara keduanya, kecuali dengan (tujuan) yang hak dan pada waktu yang ditentukan” (QS Al-Ahqaf [46]: 3).
Segala yang diciptakan oleh Allah s.w.t  adalah dibawah kekuasaanya sehinggakan suatu masa yang dijanjikan ....segala yang berlaku di muka bumi semua telah ditentukan olehNya yang perlu hanyalah kita sebagai Khalifah dimuka bumi bertanggungjawab sebagai hamba Nya untuk memakmurkan Bumi ini sambil ber ibadat kepadanya...


Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kemikmatan (yang  kamu  peroleh).” (At-Takatsur, [102]:  8)

Dan sehingga hari itu(akhirat) tiba...menurut ayat diatas kita akan ditanya tentang kenikmatan yang diberikan semasa hayat di muka bumi ....adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan juga sebagai hamba Nya??? Adakah juga kita telah bertanggungjawab atas segala kenikmatan yang diberi??? Atau kita hanya merosakkan kenikmatan yang ada hanya kerana kita menganggapp kita mempunyai Hak keatas kenikmatan yang diberi????????


Wallahualam,  



*tulisan didalam artikel ini merupakan hasil buah fikiran yang tak seberapa dari penulis dan hanyalah semata-mata luahan dan teguran dari hati penulis untuk si penulis sendiri..tiada kena mengena dengan sesiapa pun...hanya sekadar berkongsi perasaan dengan pembaca....
*gammbar-gambar ini adalah dari sumber-sumber google.com sebagai hiasan sahaja....

No comments:

Post a Comment

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers