DiaryZine: DEMOKRASI YANG HENDAK DIPERJUANGKAN…?????

*credit to google



DEMOKRASI YANG HENDAK DIPERJUANGKAN…?????
Apa itu Demokrasi?
Kamus Dewan (edisi ke 4) 1-pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya=berpalimen (pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan)
  • is a form of government in which all citizens have an equal say in the decisions that affect their lives. Ideally, this includes equal (and more or less direct) participation in the proposal, development and passage of legislation into law



Kenapa pilih Demokrasi?
mengikut makna yang kita tahu demokrasi merupakan satu pilihan yang baik kerana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemimpinnya yang di  fikirkan layak dan adil …dimana pemimpin sepatutnya memimpin, menjaga, membela rakyatnya  , dan negaranya…..besar tanggungjawab seorang pemimpin ni….

*credit to google


POLITIK???
Kamus Dewan(edisi ke 4)= 
  • ilmu(pengetahuan) bukan cara pemerintahan(dasar2 pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan,: pentingnya pengetahuan ni kepada setiap rakyat Negara yang mengamalkan demokrasi tidak dapat disangkal lagi
Wikipedia=
  •  is a process by which groups of people make collective decisions. The term is generally applied to the art or science of running governmental or state affairs. It also refers to behavior within civil governments. However, politics can be observed in other group interactions, including corporate, academic, and religious institutions. It consists of "social relations involving authority or power and refers to the regulation of public affairs within a political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.

Kenapa mesti Politik?
Err…camne nak cakap ek..??? hehe…. Seperti maksud diatas politik itu perlu dalam negara2 yang mengamalkan Demokrasi…mesti ada kerajaan dan pembangkang baru dikatakan demokrasi dan politik…agar kerajaan tidak boleh leka akan mandat yang diberi rakyatnya…
Kelemahan Demokrasi dan Politik???
Demokrasi dan Politik ini merupakan system dan idealogi manusia dan sudah tentu banyak kelemahannya walaupun dilihat relevan dan adil namun kelemahannya masih ada. Demokrasi pula yang datangnya dari barat iaitu penjajah yang pernah menjajah tanah air kita ini sehinggakan kerajaan sekarang ini masih mengamalkan sistem undang2 penjajah tapi telah di moderate …Tidak hairanlah…mana2 negara yang pernah di jajah dan diberi kemerdekaan oleh Barat(negara2 komanwel) sudah tentu mengamalkan undang2 penjajah ni disebabkan itu adalah salah satu perjanjian2 Kemerdekaan…tu yang kita tahu yang kita tak tahu?(teori konspirasi lah pulak….namun tak mustahil! Wallahualam)
Pidato2,janji2, dan provokasi adalah perkara atau strategi biasa dalam Politik dan secara tak langsung berDemokrasi , Hak-hak dalam apa jua pun terutama hak rakyat dilaung2kan….dalam erti kata BEBAS…??? Bebas yang macam mana? Bebas bersuara, bebas memilih pemimpin, bebas rasuah, dan macam2 bebas sehinggakan sampai satu tahap bebas tu di salahgunakan…tidak mustahil bukan…lihat sahaja negara2 yang lebih lama mengamalakan DEMOKRASI atau negara2 yang melahirkan DEMOKRASI itu sendiri(penjajah)….sekarang  secara luarannya Malaysia sudah memasuki Kemerdekaan kali ke 54(Ogos ini) namun ia masih Muda berbanding negara2 yang seperti U.S yang telah lama mengamalkan Demokrasi…lihatlah apa yang dihasilkan Demokrasi disana! Segala kebebasan bersuara dilaungkan atas nama Demokrasi dan Hak Asasi Manusia sehinggakan melampaui batas2 dan garis panduan Islam dan kadang2 di luar kebiasaan fitrah semulajadi manusia…Benar? Hari ini Demokrasi di Malaysia telah menampakkan perkembangan apa yang dikatakan Demokrasi itu…rakyat2 sudah ada yang lantang ingin menyuarakan hak dan kebebasan mereka…
Di Malaysia ada berbagai2 parti Politik…bberbagai2 idealogi, berbagai2 pengikut dikalangan rakyat Malaysia dari berbagai kaum, ya ia menunjukkan Malaysia sebuah Negara yang berdemokrasi…namun kebanyakan dari mereka bergabung didalam satu parti komponen baik kerajaan mahupun pembangkang…di satu sudut..kelihatan kerajaan mungkin terdesak kerana suara2 rakyat yang tebahagi beberapa kumpulan kini menjadi semakin besar dan ia mungkin sesuatu yang positif kerana ia akan membuka mata dan menyedarkan kerajaan bahawa mereka perlumendapatkan kepercayaan rakyat2 yang dipimpin di Negara ini, namun di satu sudut pembangkang pula…segala idealogi2 yang dulunya berbagai kini kelihatan disimpan , atau di ketepikan kerana tujuan atau matlamat utama adalah menjadi kerajaan sehinggakan prinsip2 sesuatu parti yang dulunya teguh di disuarakan sekarang seperti disimpan atau diketepikan demi keutamaan parti komponen bagi mengelakkan perbalahan pendapat kerana akan merugikan matlamat mereka, kelihatan sangat ghairah untuk menumbangkan kerajaan…Disini suara2 pembangkang menjadi kuat dan lantang namun hanya lantang mencerca kerajaan yang telah tua dan berpenyakit….suara2 pembangkang yang menterjemahkan idealogi2 mereka yang berbagai semakin kurang kini…
Alternatif ???
Apa alternatifnya bagi menggantikan Demokrasi ni? Banyak lagi idealogi2 sistem pemerintahan sesebuah Negara seperti komunisme atau sebagainya..namun apa yang dilihat didalam islam sistem pemerintahan yang diamalkan sahabat2 nabi selepas kewafatan rasulullah s.a.w iaitu zaman2 khalifah dalam mengamalkan Syura dalam pemilihan pemimpin dalam sesebuah Negara adalah lebih baik berbanding demokrasi kerana pemilihan dibuat dari kalangan2 ulama2 dan ilmuan2 islam untuk memilih seorang khalifah atau pemimpin yang berkualiti bertanggungjawab dan beriman lagi layak memerintah….didalam demokrasi …rakyat bukanlah mengenal pemimpin mereka yang ingin dipilih dengan lebih dekat..kita hanya mendengar mereka menyampaikan pidato2 hebat, janji2 besar, provokasi2, perkara2 yang kononnya mereka lakukan demi kebaikan rakyat lalu kita berkata ya Dial ah yang patut kita jadikan pemimpin  namun kita sebenarnya tidak tahu perkara sebenar….kerana kita bukanlah duduk disebelah mereka sentiasa sehinggakan kita mengenal hati budi mereka….kerana islam menggariskan supaya kita memilih seorang pemimpin yang bertanggungjawab, jujur, amanah , dan beriman yang layak memimpin kita semua….

*Sekian sampai disini luahan pendapat aku seorang rakyat Malaysia yang letih melihat dan mendengar dengan Pentas politik di tanah air tecinta ini…atsmosfera bumi dah la semakin tipis, dah panas tak pulak yang bertanggungjawab cuba cari penyelesaian huh..panas2….ni pulak ada yang nak berjemur tengah2 panas terik….apa dah….!!!!

*credit to google


100% pendapat aku yang sememangnya naïf dan cetek jua ilmu didada namun ingin memberi pendapat sebab aku pun ada Hak jugakkan!!! Haha…Negara demokrasi katekan!!!….Hak yang sebenar2nya adalah milik AL-HAQ…Allah s.w.t…siapa kita nak mempersoalkan hak -NYA, sesungguhnya DIA lah yang memberi kita kehidupan dan kepada-NYA lah kita dikembalikan…!

maaf andai ada tersilap kata...ini luahan semata2...
aku hamba Nya yang hina....


No comments:

Post a Comment

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers