DiaryZine: Karya Satu Malam, Pantas, Padu dan Padat(REVIEW)



(hak cipta terpelihara penulis konon...hehehehe)


Apa yang nak aku sampaikan dengan tajuk entri aku kali ni? KARYA SATU MALAM , PANTAS PADU dan PADAT...Apa motifnya?
Motif nya aku nak review satu zine yang dilahirkan dengan nama ZineSatuMalam. Sebuah Zine yang dihasilkan dalam satu malam je yang diorang gelar Karya Satu Malam, Pantas, Padu dan Padat ni....haa...jelas tak?

"Zine satu malam nie zine yang dibuat dalam masa satu malam, yang mana penulis penulisnya terdiri daripada orang biasa macam lu orang."-editor ZineSatuMalam
Zine, magazine, fanzine atau sebagainya biasanya merujuk kepada sebuah bahan bacaan. Biasanya aku jumpa Zine-zine ni kat Gig-gig yang selalu kene Rush dulu(zaman aku sekolah le sekarang tak tahu dah lama tak ikut) dan ada yang dijual(sangat murah) dan ada yang free sebabnya zine yang aku kenal merupakan sebuah karya D.I.Y dan non-profit serta penuh dengan artikel-artikel luahan anak-anak muda yang hidup di dalam hutan batu ni..

Ok, sekarang berbalik kepada motif aku, yang aku nak sebarkan kat korang ni, ZineSatu Malam ni merupakan secaran alam maya( buat masa ni) dan mungkin dah di bukukan kot? Diterbitkan sejak 23 April 2011 kot berdasarkan rilis pertama mereka "BAngang" tajuknya.Korang boleh download di 4shared.com atau boleh rujuk di BLOG ZINESATUMALAM ni untuk koleksi-koleksi Zine tersebut (ada 17 koleksi kot!)dan sememangnya tiada caj dikenakan hehehe...

Edisi 9= kartun ( aku suka edisi ni...hehe)


Menarik ke???? haa...menarik ke tak korang kena lah baca dulu, bagi aku apa yang tertarik katanya sesiapa sahaja (termasuk korang, aku , pakcik makcik, jiran tetangga ke) boleh menyumbang karya korang dalam zine tu...Tertarik tak??? 

Zine ini singkatan daripada magazine atau fanzine yang dihasilkan secara indipenden. Jadi apabila malam malam yang bertuah muncul kami akan berikan tajuk dan dengan sepantas kilat kalian yang berminat akan menghasilkan kispen/puisi/lukisan berdasarkan tajuk yang diberi. kemudiannya kami kumpul dan satukannya dalam format pdf. Seterusnya pdf tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa memerlukan sebarang pengeras .-ZineSatuMalam

Dari segi kualiti pula tak perlu lah nak ulas sebab zine ni bukan lah berasakan profit, dan penulisnya pulak terdiri daripada orang-orang kebanyakan(macam kau,aku dan dia orang biasa..hehe) bukan dari golongan sasterawan atau karyawan-karyawan yang karya mereka mahal-mahal tu. Cuma bila orang-orang kebanyakan ni mereka ada nilai-nilai artistik tersendiri dalam melauhkan atau menyampaikan sesuatu...sebab bagi aku setiap orang mempunyai kreativiti masing-masing...betol ke? hehehe..Pada pandangan aku la...

"Kreative deorang nieh dan bagus sangat idea nieh dapat memupuk sifat menulis dan membaca jgn asyik dok online jer tanpa menghasilkan sebarang faedah. "Taotauajer


"sebuah zine untuk menggalakkan kalian anak anak muda untuk menulis, bukannya menghabiskan masa dihadapan tv atau melepak di pavi. Semua orang boleh menulis." -zine satu malam


Pada aku lagi, satu idea yang baik telah dizahirkan dari mereka ni...semoga sukses..sukses..sukses!!!! 

 Bagi sesiapa yang diluar sana ada bakat-bakat terpendam,tertimbus, tenggelam-timbul atau dah berkarat tu nak cuba-cuba polish /asah boleh le mencuba nasib(<--bukan judi yerk hehe...)


klik sini :
Zinesatumalam.blogspopt.com


*terima kasih kepada pihak ZSM bagi aku review korang, harap-harap review ni dapat membantu mengembangkan idea    menarik ni...

5 comments:

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers